Eh maaflah ( _ _ )"
Thursday, December 22, 2011

Patik mintak ampun sebab semalam tak update fanfic. Let me jelaskan why okay *rojak siaa*. Saya dah kembali ke pangkuan tanah airku! Isk isk. Rindu betul dengan rumah, pagi tadi dah riuh dah sebab adik pecahkan hiasan ikan but takpe rasa macam 'Kalau lepasni aku pi luaq negara lagi kang tak dapat rasa kenangan-kenangan ni semua'. Eh biarlah saya sentimental, saya tengah gembira ni *kesat hingus*

Sebenarnya ada lah rasa sedih tinggalkan Australia. Rasa tak puas jalan-jalan. Banyak lagi tempat nak pergi tapi tak sempat. But I miss Malaysia more. Bak kata orang 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....' Ok mak kata ada sambungan peribahasa tu tapi saya taktahu. Sampai sekarang saya masih tidak paham peribahasa tu sebab saya taktau sambungan dia -.-'

Btw, semalam Aiman datang KLIA nak jumpa saya. Tapi saya cari dia, dia takda. Bila dah masuk kereta and nak balik rumah tu baru nampak dia dekat pintu masuk bahagian arrival. Eh sedih :( Takpelah, Jumaat nanti kitorang jumpa sebab kena pergi sekolah. Haha. Terima kasih mah dear sebab sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa saya :*
P/S : Tahniah kepada mereka yang dapat 8A dalam PMR ^^ Yang tak dapat, tak pe lah bukan rezeki korang.. SPM ada lagi! Caiyok!

Labels: , , , ,