"There's Always a Reason" (one shot)
Saturday, December 17, 2011

Main Characters.

Shin Dong Woo/Shinwoo
 (CNU - B1A4)

Park Gee Na 
(random girl from weheartit.)


"Warghh!" Shin Dong Woo, atau Shinwoo, menguap selepas pulang daripada parti rakan-rakannya.  Puas dia menyanyi di karaoke set milik kawannya, Sandeul, dan makan steak yang dibuat oleh Jinyoung. Mereka kemudian pulang pada pukul 1 pagi. Gongchan mempelawa Shinwoo untuk menghantarnya pulang namun dia mahu berjalan sahaja ke rumahnya untuk menikmati udara segar. Dia tinggal tidak jauh daripada rumah Sandeul jadi ia tidak menjadi masalah baginya.

"Baik aku pasang lagu kat MP3. Baru syok." Shinwoo kata pada dirinya sendiri dan mengeluarkan alat MP3 daripada beg galasnya. Sedang dia meletakkan alat pendengar di telinganya, dia terpandang di atas bangunan dan ternampak susuk tubuh seorang perempuan di hujung bangunan tersebut. "Bapak ah, hantu ke tu siot?" Bila diamatinya dengan teliti, perempuan itu merupakan jirannya, Park Gee Na!

"Eh, pehal dia tu. Nak bunuh diri? Oh em gee!" Dia nampak Gee Na menanggalkan kasutnya dan menjatuhkannya ke bawah. Shinwoo makin cemas. Kemudian Gee Na lompat pula. Shinwoo yang merupakan juara lumba lari di waktu sekolah terus memecut dan melompat ke arah Gee Na. Sempat-sempat sahaja dia menangkap Gee Na.

"Opocot mak kau! Nasib baik aku sempat!" kata Shinwoo. Dia melihat muka Gee Na yang sedang menutup mata dengan rapat dan mengetap bibirnya. Tiba-tiba, Gee Na membuka sebelah matanya.

"Eh, aku dah mati ke belum? Eh, Shinwoo? Kau dah mati ke?" tanya Gee Na, terpinga-pinga. Shinwoo tergelak lalu berkata, "Tak lah budak. Aku selamatkan kau!" Gee Na membulatkan mata dia dan melepaskan dirinya daripada dakapan Shinwoo. "Pehal kau selamatkan aku?!" Gee Na menghentak kakinya ke tanah dan pergi mencari beg tangannya yang dijatuhkannya.

"Oh, tadi kau memang nak mati ea? Maaf lah." jerit Shinwoo dengan nada yang menyampah. "Ye la, aku dah bersedia!" balas Gee Na. Kemudian Gee Na duduk di atas jalan raya dalam keadaan bersila. Shinwoo melompat didepannya dan berkata, "Kau nak kena langgar pulak? Pe masalah kau?"

Gee Na menjeling ke arah Shinwoo dan mengeluarkan lidahnya. Kemudian dia mengembungkan pipinya dan memuncungkan mulutnya. "Gee Na, kau tak jawab soalan aku."

"Aku dah bosan dengan hidup laaa. Boyfriend aku tinggalkan aku untuk perempuan lain. Mak ayah aku punya business dah bankrupt, pastu nak guna duit simpanan aku. Aku tak lulus semester kat U." Mata Gee Na mula berkaca. Shinwoo kemudian memegang tangan Gee Na dan menariknya. "Hey, kau buat apa ni?" tanya Gee Na.

"Aku nak tolong kau la." Shinwoo berkata dengan selamba.


Shinwoo membawa Gee Na ke rumahnya. Gee Na pula dipaksa duduk di atas sofa. Shinwoo berjalan ke arah dapur untuk membawakan Gee Na makanan ringan.

"Asal kau bawak aku ke rumah kau?" tanya Gee Na dengan nada marah. Shinwoo membawa segelas air mangga dan keropok udang kepada Gee Na dan berkata, "Hari ni, kau tidur rumah aku. Esok, aku kasi kau enjoy hidup kau sebelum kau mati. Ok?" Shinwoo senyum ke arah Gee Na dan masuk ke biliknya. Gee Na pula terpinga-pinga. "Mamat ni, otak straight ke tak?" dia kata pada dirinya sendiri dan mula menjamah hidangan yang diberi oleh Shinwoo. Kemudian dia tertidur.


Keesokan harinya, Shinwoo menyiram muka Gee Na dengan air sejuk. Gee Na terus terbangun dan tercungap-cungap untuk oksigen.
"Kau gila ke apa?!!!" jerit Gee Na dengan rambut yang terpacak-pacak. Shinwoo terus gelak berguling-guling di atas lantai. "Kau kan nak mati malam ni, so apa salahnya kau bangun dengan segar sikit. Today is gonna be a good day!" Shinwoo kemudian menghulurkan tuala, berus gigi yang masih dalam bungkusan, dan sepasang baju miliknya. 

"Pi mandi, lepastu kau pakai baju aku dulu. Jangan risau, ni baju unisex." Shinwoo mengangkat keningnya dan meletakkan barang-barang tersebut di sebelah Gee Na. Dia kemudian pergi membuat sarapan sambil bersiul lagu Wonderful Tonight. Gee Na meniup rambut hadapannya ke atas dan pergi mencari tandas.

Pada pukul 12 tengah hari, Shinwoo membawa Gee Na ke Funfair. Mereka pergi dengan scooter milik Shinwoo. Dalam perjalanan, Shinwoo bergurau dan membawa scooter-nya dengan kelajuan yang tinggi sebab dia suka lihat rambut Gee Na yang panjang itu mengerbang. Perjalanan itu mengambil masa 30 minit.

"Asal kau bawak aku ke sini? Nak main roller coaster ea?" tanya Gee Na sambil membetulkan rambutnya. 

"Tak lah, aku dengar sini ada kedai souvenir yang best jadi aku nak jenguk jap. Kalau nak main roller coaster pun boleh meh, aku belanja kau. Kan hari ni hari last kau nak hidup." Shinwoo menjelirkan lidahnya ke Gee Na dah pergi membeli tiket masuk. Gee Na mencemikkan mukanya.

"Meh aku pakaikan gelang ni, budak kecik." kata Shinwoo sambil menarik tangan Gee Na dan memakai gelang funfair itu. Gee Na menurut sahaja. Mereka kemudian masuk ke funfair itu. "Bapak ramai doh. Gee Na, pegang tangan aku. Kau dah la kecik. Kalau hilang susah pulak. Tak jadi kau nak mati hari ni." kata Shinwoo lalu memegang tangan Gee Na. 

"Kau nak perli aku ea." kata Gee Na. Shinwoo pura-pura tak dengar dan menarik tangan Gee Na.


"Jom naik yang tu." kata Shinwoo sambil menunjuk ke arah roller coaster yang tinggi. Gee Na membulatkan mata dan menggelengkan kepalanya. "Kau takut ea? Don't worry, aku kan ada. Har har," gurau Shinwoo sambil menepuk dadanya dan mengenyitkan matanya ke Gee Na. Kemudian dia menarik tangan Gee Na dan beratur di barisan roller coaster itu. Selepas menunggu dalam 5 minit, mereka dapat tempat duduk di bahagian hadapan.

"Weh, kalau kau takut, kau pegang tangan aku kuat-kuat pastu jerit 'Shinwoo comel' tau! Hahahaha." gurau Shinwoo selamba. Gee Na mencemikkan muka dan pura-pura merajuk. "Alelele," kata Shinwoo sambil menjelirkan lidahnya. Tiba-tiba penjaga roller coaster itu jerit "Sedia!" dan memulakan permainan itu. Apabila sampai ke puncak yang tertinggi, Gee Na memegang tangan Shinwoo dan jerit "Shinwoo busuk!!!" sambil ketawa riang.

"Salah lah woi!! Hahahahahaha!!"


"Ini order anda. Satu steak daging lembu dengan kentang, fish and chips, air limau barli dan air guava pink. Selamat menjamu selera." kata pelayan restoran itu kepada Shinwoo dan Gee Na. Shinwoo membayar 'on-the-spot' dengan duitnya.

"Hari ni, aku belanja kau. Makanlah puas-puas. Aku akan pastikan kau pergi ke dunia sana dengan aman." kata Shinwoo sambil memotong daging steak-nya. "Kau ni, tak habis-habis dengan aku nak mati tu." balas Gee Na dengan muka yang masam. Shinwoo ketawakan sahaja Gee Na. Mereka segera menghabiskan makanan mereka dan berlalu ke kedai souvenir.

Di situ, Shinwoo membelek sebuah patung kucing kecil dan memesan 20 buah patung itu. Gee Na terkejut lalu bertanya, "Kau nak kasi kat siapa sampai banyak-banyak gini?" Shinwoo meletakkan jarinya di bibir Gee Na dan kata, "Secret."

Mereka membawa patung-patung itu ke scooter Shinwoo. Gee Na mengheret beg yang membawa patung-patung itu dan bertanya, "Boleh ke bawak guna scooter je ni?"

"Weh, this scooter is 10 years old. Nothing's impossible." balas Shinwoo lalu memakai spek mata hitam kegemarannya.


"Seoul Orphanage?" kata Gee Na sambil membaca papan tanda yang terpampang di depan sebuah rumah dua tingkat bewarna kuning. "Ni rumah anak yatim adik aku uruskan. Hari ni ulangtahun kedua mereka. Jadi aku nak belikan mereka hadiah." Shinwoo menunjukkan ID Card kepada 'pak guard' dan membawa scooter nya masuk. Mereka kemudian membawa beg yang berisikan patung dan mengetuk pintu rumah itu.

"Hellooooo! Uncle Shinwoo datang ni!" jerit Shinwoo sambil mengetuk pintu. Seorang kanak-kanal kecil perempuan membuka pintu dan terpancar wajah ceria pada mukanya. "Mama Chichi! Uncle Shinwoo datang!!" kata kanak-kanak itu. Kemudian kedengaran suara kanak-kanak berusih 4 hingga 12 tahun memenuhi rumah itu. Shinwoo membuka kasutnya dan masuk ke rumah itu, diikuti dengan Gee Na.

"Ah, Shinwoo, terima kasih lah datang hari ni." kata seorang wanita yang dipanggil Mama Chichi oleh kanak-kanak di situ. "Ni untuk budak-budak kat sini." Shinwoo kata dan menghulur beg berisi patung kepada adiknya. 

"Oh, ni siapa pula?" tanya Chichi sambil menunjuk ke arah Gee Na. "Nama saya Gee Na. Saya jiran Shinwoo." Gee Na memperkenalkan dirinya dan tersenyum manis ke arah kanak-kanak kecil di situ. "Selamat datang ke rumah saya. hehe. Maaflah, tak tahu pula ada tetamu." 

"Eh, takpe takpe. Saya teman Shinwoo je." Gee Na berjabat tangan dengan Chichi. Chichi kemudian membuka beg itu dan mengedarkan patung-patung itu kepada kanak-kanak di situ. Shinwoo pula menarik Gee Na ke satu sudut.

"Weh, tengok ni. Budak-budak ni, adik aku ambil bila diorang dah takda harapan nak hidup. Tapi diorang still gembira, walaupun diorang dah lalui masa-masa perit." kata Shinwoo sambil tersenyum ke Gee Na. Gee Na termenung kosong sahaja ke arah kanak-kanak yang senang bergelak ketawa dengan mainan baru mereka. Tiba-tiba Shinwoo menarik tangan Gee Na dan meletakkan satu pasu kecil yang berisi bunga-bunga yang warna-warni. "Apa pulak ni?" tanya Gee Na. "Hadiah." kata Shinwoo dan berlalu pergi untuk bermain dengan kanak-kanak di situ.

Gee Na tersengih sendirian sambil menyentuk bunga-bunga kecil itu. Dia berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah itu dan ternampak susuk tubuh seorang kanak-kanak di dalam pokok-pokok. "Eh?" Gee Na mendekati kanak-kanak itu dan ternampak seorang budak perempuan dalam lingkungan 7 tahun, yang menyorok daripada Gee Na.

"Hai.." kata Gee Na sambil melambaikan tangannya. Kanak-kanak itu menyorok lagi. "Nama awak siapa? Nama akak Gee Na.. Jangan lah nyorok.." kata Gee Na dengan lembut. Budak perempuan itu mengintai sahaja. Gee Na perasan bahawa dia memerhati pasu bunga kecil di tangan Gee Na. "Awak suka ini? Nah, akak kasi." Gee Na menghulurkan pasu bunga itu kepada budak itu. Dia sedih untuk melepaskan pasu bunga itu, tapi dia tidak mahu budak perempuan itu kesejukan di luar.

Seperti magis, kanak-kanak itu keluar dan mengambil pasu bunga kecil itu. Dia tersenyum dan memeluk Gee Na. Gee Na terasa gembira dan membawa budak itu ke dalam. "Nama saya Rina.." kata budak perempuan itu dengan lembut.

"Rina! Haih Mama dah lama cari Rina tau!" jerit Chichi kecemasan sambil memeluk Rina. "Saya jumpa dia dekat luar.." kata Gee Na. Rina berterima kasih kepada Gee Na dan mengatakan bahawa Rina baru kehilangan ibu bapanya dua bulan yang lalu. Gee Na orang yang pertama untuk berbaik dengan Rina. 

"Weh kecik! Balik!" Shinwoo memanggil Gee Na.

"Yela.. yelaa. Bye Chichi, bye Rina! Bye semua!" kata Gee Na lalu mengikuti Shinwoo.


Hari dah beransur malam, Shinwoo pula membawa Gee Na ke puncak bukit yang tidaklah terlalu tinggi, namun cukup untuk melihat pandangan yang indah. Shinwoo meletakkan sehelai kain di situ dan menyusun makanan. Kemudian dia memimpin Gee Na dan menyuruh Gee Na duduk.

"So, kau jadi tak nak pergi ke alam sana hari ni?" kata Shinwoo sambil tersengih. Gee Na tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Shinwoo membalas balik senyuman Gee Na dan menuangkannya segelas air plum. "Sebenarnya aku dah agak dah kau akan kasi pasu bunga tu kat budak kecik tu. Kau kan ada aura makcik-makcik haha." gurau Shinwoo. Gee Na mampu senyum sahaja.

"Cantiknya pemandangan kat sini.." kata Gee Na dengan lembut. Shinwoo memandang muka lembut Gee Na dan tersenyum. Dia kemudian menghulurkan satu bunga ros merah yang segar. Gee Na terkejut, dan kata "Untuk aku ke ni?". Shinwoo mengangguk dan meletakkan ros itu di tangan Gee Na. "Dia takde duri. Ros ni special." kata Shinwoo.

"Gee Na, kau ingat tak time kau tolak pelawaan aku untuk bawak kau pergi majlis tari-menari tu? Aku sedih gila tau dak." kata Shinwoo dengan nada yang muram. "Lah, tu kau ke? Bapak nerd kau dulu! Sekarang dah hensem dah haha." kata Gee Na yang hampir tersedak minum air plum dia.

"Kalau sekarang ada peluang lagi tak nak nari ngan aku?" kata Shinwoo sambil mengangkat sebelah keningnya. Dia bangun dan menarik Gee Na. Kemudian mereka menari ala-ala waltz.

"Kalau la kau tak selamatkan aku semalam, takde lah kau dapat nari ngan aku hari ni kan. Haha." kata Gee Na sambil tergelak. Shinwoo yang merupakan seorang 'raja' tarian, mengajar Gee Na cara-cara menari yang lebih 'pro'.

"Gee Na, kau tau dak dari dulu aku suka kat kau. Tapi aku segan doh. Haha. Sekarang pun sama." kata Shinwoo yang semakin merah pipinya. Gee Na tersenyum dah meletakkan kepalanya di dada Shinwoo.

"Aku pun."

Pada malam itu, Shinwoo menghantar scooter-nya ke rumahnya dan menghantar Gee Na balik ke rumah nya. Setelah tiba je di rumah Gee Na, Shinwoo mengusap kepala Gee Na dan mengucapkan selamat tinggal. Gee Na memerhatikan sahaja Shinwoo pulak dengan perasaan yang bercampur aduk.



Keesokan paginya, Gee Na bersiap untuk pergi menjenguk Shinwoo dan memulangkan baju yang dipinjamnya. Dia mengetuk pintu rumah Shinwoo dan yang membukanya Chichi yang sedang menangis. Gee Na berasa hairan dan melihat di dalam rumah Shinwoo. Terdapat ramai ahli keluarga Shinwoo. 

"Eh, Shinwoo mana?" Tanya Gee Na yang semakin cemas melihat keadaan di rumah Shinwoo. "Shinwoo masuk hospital subuh tadi.. buah pinggang dia rosak dua-dua belah..." kata Chichi sambil teresak-esak. Gee Na terkejut dan terus berlari ke hospital. Dia bertanya kepada orang kaunter itu dimana Shinwoo ditempatkan dan mencarinya. Dia memasuki bilik 209 yang diberitahu orang kaunter tersebut dan nampak Shinwoo yang terlantar di atas katil.

"Shinwoo!! Kenapa tak bagitau awak sakit??" tanya Gee Na yang sudah berkaca matanya. Shinwoo hanya mampu tersenyum dan memegang tangan Gee Na. "Maaf lah... saya.... tak bagitau... awal-awal lagi...." kata Shinwoo yang lemah. Kemudian muncul seorang doktor daripada luar.

"Shinwoo memerlukan seorang untuk derma organ berdarah A untuknya. Kalau tidak, dia mungkin tidak akan selamat esok." Gee Na teringat yang dia pernah mengambil ujian darah dan dia merupakan seorang yang berdarah A. "Doktor, saya boleh!" katanya dengan penuh semangat. Doktor itu menyuruh Gee Na mengikutnya. Sewaktu Gee Na mahu bergerak, Shinwoo memegang tangan Gee Na dan menggelengkan kepalanya. "Kau dah selamatkan aku, aku pulak selamatkan kau.." kata Gee Na dan melepaskan genggaman Shinwoo dengan tangannya yang lagi sebelah.

Chichi muncul di sisi Shinwoo dan memegang bahu abangnya dengan perasaan sedih.


Gee Na dipakaikan baju operasi. Doktor suruh dia baring di atas katil. Katilnya digerakkan disebelah katil Shinwoo. Dia memandang Shinwoo dengan mata yang sayu. Muka Shinwoo semakin pucat. Dia memalingkan mukanya kerana tidak sanggup melihat keadaan jejaka yang disayanginya. 30 minit kemudian, doktor muncul bersama beberapa jururawat. Mereka membawa katil Shinwoo dan Gee Na ke bilik operasi yang sejuk. Baju mereka ditanggalkan pula dan diletakkan sehelai kain dan pemanas badan.

Kemudian dipasangkan mula mask oksigen pada muka mereka. Gee Na mengambil pandangan terakhir ke Shinwoo yang sudah pengsan. Tidak lama kemudian, dia pun tertidur...


Shinwoo tersedar 4 jam kemudian. Dia terasa bertenaga. Tetapi dia hairan, kenapa dia masih di bilik operasi? Dia memandang di sekeliling bilik itu. Dia ternampak suasana yang kecoh di antara doktor-doktor itu. Mereka sedang mengerumuni badan Gee Na. "Gee.... Na...?" dia sebut dengan lemah.

"Doktor, nadi dia semakin lemah! Kita mesti buat sesuatu!" kata jururawat yang tinggi lampai itu. Kemudian terdengar bunyi 'Tettttt' yang lama. Nadi Gee Na sudah tiada. Suasana semakin cemas. Shinwoo memandang dengan muka yang terkejut. Dia tidak sangka perkara ini akan berlaku pada gadis yang menolongnya. Doktor yang mengetuai operasi itu mengambil paddle pengejut dan meletakkannya pada dada Gee Na.

"Satu.. dua... tiga!" paddle itu mengeluarkan elektrik dan badan Gee Na terangkat. Namun ia tidak mengubah situasi yang berlaku. Cubaan mengejutkan nadi Gee Na dilakukan sebanyak 3 kali, tetapi semua gagal. Doktor itu mengeluh panjang dan menanggalkan topengnya.

"Waktu kematian, 6 jam 9 minit petang."

Hati Shinwoo seolah-olah terjatuh ke lantai.


Shinwoo terasa badannya penuh dengan adrenalin. Dia terus bangun, menarik wayar-wayar yang melekat pada badannya dan menerpa badan Gee Na. Dia mula menangis teresak-esak. "Gee Na jangan tinggalkan akuuuuu.... ambil lah buah pinggang kau ni balik......." Jururawat cuba menenangkan Shinwoo namun dia menepis tangan jururawat itu. Lama-kelamaan dia pasrah dengan pemergian Gee Na dan mencium dahi Gee Na. Dia melepaskan Gee Na dan terduduk di atas katil operasinya.

Dia menutup matanya dan membayangkan kenangannya dengan Gee Na. Manis mahupun pahit. Dia teringat saat pertama kali dia melihat Gee Na di sekolahnya beberapa tahun yang lalu. Gee Na mempunyai sepasang mata yang cantik, kulit yang halus dan rambut yang beralun. Namun Gee Na seorang yang pemalu dan sering dibuli. Pernah satu ketika, seorang lelaki menarik rambutnya tetapi Shinwoo menolong Gee Na. Dia tidak boleh lupa senyuman manis Gee Na. 

Pada saat jururawat mahu menutup muka Gee Na, kedengaran satu bunyi yang aura bilik operasi itu. "Tut.... tut..... tut....." Jantung Gee Na kembali berdegup! Shinwoo mengangkat mukanya. Mata Gee Na terkelip-kelip. Doktor kembali di sisi Gee Na dan menolong Gee Na kembali. Jantungnya berdegup selepas 10 minit ia berhenti. Shinwoo mendekati Gee Na dan memegang tangannya.

"Nasib baik kau tak pergi lagi.." kata Shinwoo dengan mata yang berkaca. Gee Na tersenyum dan kata "Aku mungkin ada banyak sebab untuk mati, tapi aku lagi banyak sebab untuk meneruskan kehidupan.."


1 bulan kemudian, luka bedah Shinwoo dan Gee Na pulih dan mereka mampu berjalan dengan sendiri. Mereka kembali ke rumah masing-masing. Shinwoo menjenguk  Gee Na  pada hari lewat petang bersama adiknya. Mereka membawa beberapa kuntum bunga ros yang belum lagi mengembang.

"Shinwoooo~ Sekarang kau aku punya!" kata Gee Na selamba. Shinwoo mengangkat keningnya kerana hairan mengapa Gee Na berkata begitu. "Kau kan ada sebahagian daripada diri aku dalam kau, jadi kau aku punya, aku kau punya! Hihi!" jelas Gee Na dengan  Gee Na  yang riang. Shinwoo tergelak dan mencubit pipi Gee Na.

"Jom kahwin lari! Haha!" kata Shinwoo dan menyarungkan cincin kegemarannya pada jari Gee Na. Gee Na tersenyum luas. Dia gembira bahawa Shinwoo menyelamatkannya. Ternyata dia masih mempunyai sebab untuk meneruskan hidupnya! 

- THE END -

Labels: , ,